March 23, 2012

Ayah Pin - Part 4

Sekilas pandang mengenai aktiviti di Kawasan Kerajaan Langit

Setiap ibadah yang dilakukan oleh agama apa sekali pun haruslah melalui beberapa perkara yang ditetapkan oleh agama/kepercayaan itu sendiri. Disini saya huraikan satu-persatu berdasarkan apa yang pernah di ceritakan oleh bekas pengikut ayah Pin. Buat pengetahuan anda semua kos keseluruhan membina kawasan seperti ini menelan belanja kira-kira RM5 Juta.

Pengikut yang baru harus mengelilingi beberapa binaan dan simbol  sebagai langkah pertama untuk mengikut amalan ayah pin 
sementara pengikut lain sedang menjalankan aktiviti yang ditetapkan  dikawasan rehat itu juga dikelilingi (upacara tawaf) beberapa pengikut ayah Pin yang rapat dengannya. Mereka ini juga terdiri daripada penjaga bangunan, 'staff' atau orang kepercayaan yang membantu ayah Pin menjaga kepentingannya.

Setelah usai menjalani aktiviti rutin terbabit, orang kepercayaan ayah Pin akan menuju ke rumah perhimpunan untuk menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan. Lihat marmarnya.. perghhh berkilat.. Mesti jenis mahal punya.

Menawan... Payung yang menyerupai bumbung F1 Sepang Kuala Lumpur. Bagi ayah Pin ia merupakan tempat dimana manusia meminta pertolongan dibawah lindungan Tuhan dan juga mempunyai hubungan dengan 9 planet didalam agama Hindu. - Ini mungkin juga disebabkan ayah Pin amat meminati Michael Schumacher. Tapi tak sempat nak dijadikan pengikutnya. Paling tidak pun tempat ayah Pin letak kamera takut-takut kalau jabatan agama datang nak serbu tempat nie.

Semacam satu ritual keagamaan yang diamalkan bagi penganut Hindu di Bali dimana penganutnya mengelilingi satu objek ditengah-tengah. Mungkin gaya ini ditiru dari sana agaknya.

Tuhan yang membuang masa di kedai kopi sambil mengutuk (mengumpat) hamba-hambanya yang lain... He he he. Haruslah diingatkan walaupun ayah pin tuh tuhan (anggapannya) dia juga harus membaca suratkhabar (the Star) untuk mengetahui keadaan semasa, bertambah hairan lagi membaca pun tak tahu (buta huruf) tapi masih boleh selak Star. Mungkin waktu nie ayah Pin sedang membuat sesuatu [Kun fa ya Kun]. sedangkan Rosli disebelahnya macam 'confuse' ajer. hmmm tak jadi pun.

Berehat bersama Tuhan.. setelah penat menyembahnya acara makan yang dibelanja olehnya (ayah Pin) terhadap hambanya. Walaupun tuhan belanja tapi ingat kena pakai duit jugak tau kalau tak "Rabak" tokeh kedai tuh.

Sedih.. Warung ditepi kawasan perumahan kerajaan langit ayah Pin - Buruk dan sangat daif. Tidak sepatutnya rumah pengikutnya seperti ini jika ia benar-benar tuhan yang baik jika dibandingkan dengan kawasan kerajaan langitnya yang menelan belanja RM5 Juta. Inilah jenis tuhan yang tidak kasih pada hamba-hambanya.

Beginilah rupanya bahagian belakang cerek ayah Pin. Siap ader pintu lagi. Sesiapa nak air bolehlah masuk kedalamnya. Saya rasa kalau dapat masuk pun best jugak sebab seumur hidup kita takkan merasa masuk dalam teko. Teko kat umah biasanya kecik. Paling tidak pun tikus ajer yang dapat masuk. Perempuan tuh mesti ingat.. kalau buat 'projek' dalam tuh saper yang tahu.

Sesi brainwash pengikut ayah Pin. Bertukar-tukar pikiran dengan tuhan.. hmmm ntahlah.

Kubur siapalah agaknya nie.. takder siapa yang pernah uraikan. Jika ader pembaca yang mengetahuinya, sila uraikan dalam komen anda.

Tuhan pun kena pakai payung? takut kena panas ke ayah Pin?? Dibelakangnya Pajero miliknya yang telah dibakar penceroboh Jihad baru-baru ini. Disebabkan ajaran pesong yang dibawanya. Fuiyooo banyak gak awek yang tenah follow dier. Bertuahnya badan yang bernama ayah Pin.

No comments:

Post a Comment